Sunday, June 10, 2012

Counting Days....

...bukan nak tunggu baby tp nak tungu hari tanpa bibik.....hmmm risau tul xde bibik ni...tapi kalau ada pun buat sakit ati je

Friday, June 1, 2012

Owh Sarah....

Rasanya dah masuk 2 hari Sara tak menyusu badan Actually memang dah lama nak dah stop since nak masuk 3 tahun dah, tapi budget genap 3 tahun kita cuba stop terus. Tapi ini something yang kita tak rancang dan tak minta. Kata Paed, mysara kena HFM ( google sendiri eh ) . Hari tu dah agak, sebab tu lelangit dia cam semacam je, pastu nampak bintik2 kecil, tp tak ketara sangat. So malam Jumaat tu bawak pergi Syiffa, doktor kata takde apa2pun, so bayar consultation je...tapi hati rasa tak sedap, sebab nampak ulser kecil bawah bibir dia and she start complaining "gigi sakitt" ( sebenarnya mulut tu yg sakit bila nak mnum susu ) So, pagi Jumaat bawa pi Paed, dan Dr Nazim encem sahkan. Tapi katanya benda ni akan hilang sendiri, just make sure dia makan dan minum seperti biasa. Susah kot kan bila dah ada ulser ni dalam mulut, orang tua punkengkadang tak tahan, apatah lagi si kecik ni..ala, kesiannn :( Doc ada bagi ubat spray which bila spray, mulut akan kebas dlm tempoh 15 minit, so masa tu sumbatla makan!! Sarah so far lom bagi lagi, sebab dia masih boleh makan, cuma minum susu botol yang tak boleh dan of course menyusu sangatlah tak boleh ( sedihla pulak ) dan kengkadang mengadu sakit.... T T